Entry:
assalamualaikum
:)
hye
semua , sihat ? alhamdulillah.
so,
dlm tgh duk bercuti ni fikir jugak xtvt ape nk buat utk cuti ni,
tibe2 terigt ade pinjam novel member, heee
actually
novel2 yg karyaseni keluarkan selalu sgt beli sbb mmg favorite,
sbb
cara tulisan penulis2 pun mmg sgt best, and i really love it :)
it's
really different from the others,
and
one of the novel yg saya mmg nk beli adalah tajuk entry yg saya tulis ni,
so, ni muka depan die
sinopsis:
“Kalau
aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun
kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas
tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan
Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam
fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu
agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati
telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai
cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik
rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa.
Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut
hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai
parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang
tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling
handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang
daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang
di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina
bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati
Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua
kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam
sebegitu bukanlah suami impiannya.
dah bace kan, so tau la sikit2 psl novel,
jebat dlm novel ni mmg cool sbb die bahasakan kau aku je dgn wife die, mastura pulak jenis gila2, so byk insiden yg kelakar dlm novel ni, walaupun novel byk yg kisah die psl cintan-cintun tapi this novel ade different sikit dari segi watak die,
kalau kita baca novel sekarang,mesti watak hero tu baik and romantik memanjang tapi dlm novel ni jebat tu jenis yg bukan romantik and die bukan lah baik mana cuma dia belajar utk jadi org yg lebih baik,
boleh tgk jebat ni panggil wife die kau aku, sbb dia ckp tak cool bila bahasakan diri dia abg,see, funny kutt, dlm novel ni pun ada rahsia jebat yg mastura sendiri tak tahu, so dari situ dah start konflik antara mereka husband and wife, nk tahu selanjutnya beli novel ni, and kalau nk senang pergi je dekat web ni www.karyaseni.my utk dptkan harga diskaun,
best sbb tak beli ikut harga sebenar, ade jugak delivery sekali,
so,next entry insyaallah, ada tajuk buku yg nk disharekan dgn semua, nk tahu, tunggu yaaa